CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, July 27, 2008

Malangnya.
Inilah 'post' saya yang terakhir buat kali ini.
Walaupun begitu.
Saya tetap akan menulis tentang muzik.
Tanpa muzik hidup terlalu sunyi.
Kata-kata hati tidak dapat diluahkan.
Kreativiti tidak dapat ditunjukkan.
Bakat-bakat dan potensi yang hebat tidak dapat ditonjolkan.
Hidup seperti tiada nyawa.
Dunia bagai tiada bunyi.

MUZIK.
Satu elemen penting yang dapat dirasai di dalam hati.
Salah satu perkara yang dapat menghiburkan hati seseorang.
Salah satu perkara yang telah membuat dunia lebih cerah.

Saya akhiri dengan kata-kata ini:
MUZIK ADALAH MAKANAN PADA JIWA YANG KOSONG.

Saturday, July 26, 2008

Muzik Ska

Ska adalah bentuk muzik Jazz yang bermula lewat 1950-an. Menggabungkan unsur tradisi metro dan claypso dengan bunyi RNB, ia merupakan awalan di Jamaica kepada rrocksteady, dan kemudian, reggea. Ketika muzik bertukar di Amerika, begitu juga Ska. Sebagai contoh, Ska dipengaruhi oleh jazz dan rock

Friday, July 25, 2008

Sejarah rock 'n' roll

Pada era awal lagu-lagu "rock'n'roll" menggunakan solo saksofon tetapi sekitar 1956, gitar elektrik telah mula dijadikan alat solo utama.
Walaupun artis seperti James Brown masih menggunakan saksofon, tetapi gitar lebih digemari ramai.

Muzik Pop

Muzik Pop ialah sejenis genre yang penting dalam muzik popular yang dibezakan daripada muzik klasikal atau muzik seni, serta daripada muzik rakyat.
Istilah ini menunjukkan sifat-sifat stilistik yang khusus, tetapi genre ini juga merangkumi seniman-seniman yang menggunakan banyak gaya.

Thursday, July 24, 2008

MP4 Baru saya


Pada hari jadi saya,14 Mei 2008

Bapa saya membelikan saya sebuah MP4.

Ia sungguh canggih .

Setelah bapa saya membelikan saya sebuah MP4

kami pulang dan saya turus terus membuka komputer riba saya untuk muat turun lagu.

Seperti di play list saya


Saturday, July 19, 2008

MUZIK.........

Muzik adalah segalanya untuk saya!
Saya mendengar muzik mengikut perasaan saya.
Seperti,
kalau saya geram saya akan mendengar lagu-lagu yang seperti rok.
Dan kalau perasaan lain , lainlah genre lagu yang saya dengar.

Friday, July 18, 2008

Idola kegemaran saya



Hi! Kali ini saya akan menulis tentang idola kegemaran saya.
Idola kegemaran saya ialah TAUFIK dan RIHANNAH.
Mereka adalah idola saya kerana suara mereka sungguh merdu dan lagu-lagu mereka sangat menghiburkan.
Maaf kerana di playlist tiada lagu TAUFIK...

PLAYLIST